Monday, December 30, 2013

PENGALAMAN MEMBORONG DI GUANGZHOU CHINA



Sebenarnya saya nie bukan pandai sangat bab-bab penulisan nie..zaman skolah dulu selalu lupa bawak buku..kena berdiri atas kerusi..rasa malas sangat membelenggu dan xtau nak stat cite dari mana. Tp semangat nk share pengalaman memborong di Guangzhou, China nie saya rasa penting untuk saya kongsikan pada sesape yang berminat nk mulakan perniagaan keci-kecilan sehingga menjadi empayar perniagaan yang besar.

Pada pandangan saya, sesebuah perniagaan yang nak kita buat kita kena bermula dengan kecil2an..kerana apa yang penting dalam perniagaan adalah strategi marketing..kalau marketing x power tp product power gile pon x guna..baik kita mula dengan kecil2an dan melebarkan sayap bisnes kita selaras dengan marketing yang makin lama makin berkembang..In sha Allah.

OK! China merupakan sebuah Negara pengeluar terbesar di dunia..itu fakta..dan penduduk Negara China sangat ramai..di Guangzhou sahaja kepadatan penduduknya dah sama ramai macam kat Malaysia..bayangkan semua rakyat Malaysia duduk kat Selangor..mmg padat giler!!..rumah di sana sume apartment.. tinggi2 pulak tu...jadi cara diorang cari duit sangat mencabar..dan mata wang diorang rendah..saat entry ini di tulis RM53.40 = 100 Yuen. Senang cakap lebih kurang separuhlah beza dengan duit kita.

Entry saya fokus kepada memborong di Guangzhou China je k...sbb kat situ je pengalaman saya..haha. Sebelum saya meneruskan penulisan saya..jangan lupa follow kami di instagram @pemborongchina & @head2toeboutique

Ramai tanya saya macamana saya boleh terfikir utk buat trip ni? kalau nk saya cerita kisah dia memang panjang..tapi takpe..sy cerita jugak..uhuk2. nak dijadikan cerita, tahun 2012 bermulalah kisah dimana abg saya ajak bercuti ke China. kepala otak ni da terbayang Tembok China..masa tu pulak Airasia buat promo FREE SEAT, mmg tak pikir panjang..klik2..RM499 (return) keeeee guangzhou. Lagi 1-2bulan nk fly, suruh isteri search apa yg patut utk kami buat itirenary...mana TEMBOK CHINA nyaaaaa????hahahha sume da cuak. Ghope2nya nk g daki tembok tu tiket ke BEIJING..**nangis

takpe2 cool..asalkan jejak china..google2 BLUR. tempat apa ni. LOST sekejap..takpe2..kite kasik redah. Book apartment yg memuatkan 6dewasa (say,isteri,abg&kakakipar&ibuabah). Jauh jugak apartment kami duduk dari tempat2 hot spot di guangzhou. Siap sesat2 nak cari apartment. 2jam hilang arah..tp takpe..pengalaman itu, hasilnya Alhamdulillah.. sbb tu saya rasa terpanggil nk tulis entry nie..klau entry ini Berjaya bermakna inilah hasil penulisan saya yang pertama sepanjang hidup saya.. satu pencapaian yang membanggakan..uhuk2!!

Gajah2 kat liuhua nie sume jinak2...korang boleh sentuh.....bagi yang betul2  berani ...korang tunganglah gajah emas nie...

Sebelum saya menulis karangan saya panjang lebar..saya listkan dulu secara detail apa yang perlu korang buat sebelum pergi china 1bulan sebelum!!..selamat membaca dan mencatit :

1. Pasport – pastikan passport sah untuk tempoh 6 bulan. Kalau lagi 5bulan nak tamat tempoh, terpaksalah renew. Bayaran renew passport RM 200 untuk 5 tahun (13-59tahun) dan RM 100 untuk (12tahun kebawah & 60tahun keatas). Renew passport sehari je. Nasihatkan buat la awal2. Sebab lepas ni kene buat visa china pula yg mengambil masa 4hari.

2. Tiket kapal terbang – tiket ke Guangzhou kalau waktu promo AA RM 324 (return), kalau bukan waktu promo boleh mencecah RM 700-900 (return). Kalau tiket promo MAS RM 700+ (return), bukan waktu promo RM1000+(return). Ini standard harga tiket. 

3. Tempahan hotel – kenapa kene tempah hotel awal2? Ini adalah wajib sebab nnt korang nk buat visa. in case korang tak beli tiket kapalterbang lagi la..Korang boleh buat tempahan hotel di booking.com @ agoda.com sebab “tempah dulu,bayar kemudian”. Tempahan hotel ini adalah syarat untuk apply visa. Korang decide la betul2 nak duduk mana. Kalau tetiba nak cancel duduk hotel itu, nk duduk hotel lain..boleh, visa takde effect selepas korang apply. Korang kene cancel kan kat booking.com @ agoda.com cepat2 la sblm mereka charge.

4. Visa - nak masuk Negara China, kena ada visa. Visa ni macam tiket masuk la. Visa ni akan ditampal dalam buku passport korang. Mana nak buat visa? ni alamat :

Waze je     : Hampshire Place, Ampang
Masa          : Isnin - jumaat
Buat visa    : 9am - 3pm
Ambil visa  : 9am - 4pm
Bayaran      : RM 88.30 (sekali masuk)
Proses visa : 3-4 hari

Sila bawa bersama : 

  • borang visa klik : http://www.chinaembassy.org/eng/ywzn/lsyw/vpna/rap/t84254.htm @ isi borang kat sana)
  • passport
  • booking hotel di Guangzhou (kene siap2 booking, kami slalo booking pakai agoda.com) atau
  • pengesahan membeli tiket kapal terbang
  • salinan muka depan passport
  • gambar 1keping (latarbelakang putih)

5. Makanan - beli makanan mengikut keperluan, sana ada makanan halal. Pandai-pandai la korang bajet. Macam saya haritu pergi berdua dengan wife selama 5hari, kami bawak meggi asam laksa 3, meggi goreng sedap 3, air susu dutchlady strawberry 6, air susu dutchlady chocolate 6, ketupat 20 (pek kecik, masak kat Malaysia siap2), sambal ikan bilis, roti gardenia(saiz kecik), tuna 1, 3in1 nescafe 15paket, pisau, pinggan polistren 2 (kitarsemula), sudu garfu 2. Itu je. Details kau..hihi

6. Ubat – penting. Bawak la sepapan panadol dan minyak yueyii (faveret kami anak beranak)

7. Beg – pengalaman saya, pergi takyah checkin banyak2. Kami pergi berdua, sorang je checkin luggage 20kg. Dalam tu semata-mata makanan. Untuk baju, korang handcarry (baju 2helai, sejadah, telekung). Penerbangan balik, baru checkin maximum setiap orang. Max luggage 25kg. So total kami berdua 50kg.

8. Kasut – elemen penting. Pakai kasut yang selesa. Digalakkan kasut sukan. Kat sana plaza besar2, bole melecet kalau pakai kasut yang tak kena.

9. Musim – di sana ada musim sejuk, tapi takde salji la. Suhu sejuk dalam 13-20c. Musim sejuk bermula hujung Nov – Mac, April – Okt musim panas (macam cuaca di Malaysia)

10. Shipping – kalau anda pergi sana memborong lebih dari 50kg, memang tak boleh nak bawak masuk kapal. Kalau korang angkut jugak, memang beribu bayar. Kos lebihan muatan, 1kg = RM 15. Bayangkan..Jadi, untuk shipping, anda boleh survey mana-mana syarikat logistik di Malaysia yang menguruskan penghantaran dari china ke Malaysia. Kos sekitar RM 350 untuk 1cbm.

11. Matawang - banyak saya baca, di china banyak wang palsu. Jadi berhati-hati untuk menukar matawang. Kami prefer tukat duit di Visionary Creation, IOI mall Putrajaya. dkt bahagian makan2..berdepan Big Apple.

Setakat ini, itu sahaja yang saya rasakan penting..nanti ade input lagi saya tambah..

Ini merupakan kali kedua kami pergi Guangzhou china pada 10-15 Disember 2013..kali pertama kami pergi bersama keluarga..musim panas..trip holiday, bukan bisnes..boleh baca entry wife saya buat sebelum ini..klik sini http://headtotoeboutique.blogspot.com/2013/11/family-trip-to-guangzhou.html. Bila dah nampak peluang, kami pergi berdua, kali ini musim sejuk..suhu sekitar 13-20c...pakai sweater tebal skit dah cukup dah..kalau korang nk beli sweater kat sana pon ok..tepi jalan pon ramai jual..harga sekitar 100-200yuen..masa kat china sama je macam Malaysia..kalau kul 6.00 petang Malaysia..china pon kul 6.00 petang tp dah stat gelap macam kul 7.00 ptg kat Malaysia. Kul 6.00 pagi kat china dah cerah dah..waktu solat pulak lebih awal..klau Malaysia magrib kul 7.15 ptg china magrib kul 6.00 ptg..jgn tinggal solat plak k!!. Print skali waktu solat kat china..senang nk rujuk...

Tiba je kat airport china lebih kurang 4 jam perjalanan dari Kuala lumpur...sambil menunggu luggage tu..ada counter jual sim kad china..elok ar korang beli, harga dia 100yuen dan suruh dia aktifkan internet skali.. klau korang nk tau internet di china nie..facebook xleh bukak..blog xleh bukak..instagram pun tak boleh..jd nasihat saya.. eloklah korang print apa2 yang dirasakan penting..sbb ianya sangat berguna..org china diorang kurang guna whatsapp..diorang guna wechat..saya pon siap2 download app wechat kat malaysia....tapi kalau korang jenis tak boleh hidup tanpa dunia sosial..download BETTERNET. die bole tembus segala FB&IG. hahaha. tapi internet kene kuat la.

Flight saya tiba jam 2pagi. Jd saya tidur je kat baiyun airport kat situ ada disediakan overnight visitors rest area...ada kerusi..mula2 saya ingat nk tido dalam keadaan duduk dengan gaya yang cool..dah lah kerusi dia ada besi penghalang.. agak susah nk tido baring.. tp korang boleh je tido baring..korang boleh copy paste cara orang2 lain tido dengan gaya yang sangat best dan selesa..saya tetap memilih gaya cool..haha

Bolehlah rehatkan badan dulu kat sini

Pengangkutan utama di Guangzhou ialah keretapi. Jam kul 6.00 pagi METRO dah mula beroperasi..kat kat china kita panggil METRO railway station..sangat efisyen paling lama pun tunggu 2 minit..time orang china g kerja ngan balik kerja METRO akan jadi sangat sesak tp sgt banyak keretapi..ianya sangat mudah...eloklah korang download explore Guangzhou kat play store..kat situ ada peta perjalanan METRO station Guangzhou.. perjalanan dari baiyun airport ke Guangzhou railway station denga bayaran 7 yuen sahaja.. perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 mint..kalau korang naik teksi pon boleh..korang kena tunjuk kat driver teksi tu alamat hotel dalam bahasa china baru boleh sampai..bayaran teksi lebih kurang 100yuen..jangan tunjuk alamat hotel dalam BI..esok pon belum tentu sampai..orang china nie mmg tak tau cakap orang putih langsung..korang akan rasa sangat bersyukur bila berjumpa ngan orang china yang pandai cakap orang putih walaupon skit2..saya pon BI skit2 je pon boleh cakap...yes..no..ok..bye.. haha..broken English just nice kat china nie..

dalam keretapi..wife saya memang tak ley lekang ngn hp die..ish


 Metro railway station adalah pengangkutan awam paling efisyen dan murah di Guangzhou


 Nie gambar masa first time kami pegi Guangzhou bersama keluarga...tgk tu...time nie padat giler dalam train......rilek...kita xyah masuk.....kita bergambar dulu....next train 2 minit je tunggu...sgt efisyen...guard pompuan tu tah apa dia carut dalam bahasa cina....lantak ko lah...


Kalau nak borong kasut or beli satu je bleh ar datang ke sini..


belikan sweater winter untuk anak sedara..comel2..gerammm!!

ni baju sweater untuk pakcik sedara..tolong pesan belikan..

 
tempat plaza borong fabrik kain...segala jenis kain ada kat sini..plaza blakang aku n wife tu adalah plaza baru...harga dia agak mahal skitlah...klau korang rajin pusing nie...boleh patah kaki..aku sarankan korang belilah basikal elektrik..haha..lagi satu...aku pelik wife aku sgt colourfull kat china nie...kat KL x plak dia dressing camtu...



Sample kain je kat kedai....korang kena pilih dlu...dah confirm sume harga...nanti diorg amik kain kat warehouse.....jgn lupa cek barang dulu...bukan betul sgt diorg nie...kalau dia dah siap bungkus..ko koyak je...salotip murah je kat sana...cina dalam gambar tu ar bg barang tah pape...elok korang jgn g kedai dia...

Di setiap kedai nie diorang hanya pamerkan sample kain sahaja..kita kena book dulu bayar 50% nanti baru dia amik barang kat kilang...itu cara diorang berniaga..50% lagi korang bayar masa dia antar barang kat hotel..jgn lupa periksa semua barang dulu sebelum bayar...sbb sifat orang china nie..diorang mmg x bgtau kita klau barang  xde..dia main bagi je barang lain..3 tempat saya borong...sume wat perangai camnie..kalau korang dapati barang x cukup atau barang lain..bagitau je kat tokey tu dengan berhemah..nanti di bagi balik duit kita..pastu dan2 cakap, saya memang mahu bagi itu duit, tapi terlupa nak bagi semalam! Huh!


versi musim sejuk.....area sini kitorg slalu beli borong dgn harga yang murah..tp kuantiti kena beli banyak..kalau takat nak beli 4 meter tokey cina nie xkan jual..itu masalah utama tempat nie..nama pon plaza borong....apa boleh buat...beli jelah kain sepapan dengan satu corak


Nie adalah pemandangan biasa plaza borong kain Guangzhou China....lori masuk plaza adalah perkara biasa...klau basikal elektrik kat tingkat 3 tu pon biasa bagi diorg...basikal sume ada hon...tu yang kecoh skit...sana sini hon...padahal laluan pejalan kaki nie...



Klau dah masuk plaza borong tu...jgn excited sgt...korang kena ingat jalan kuar...sesat tu perkara biasa kat sini...bukan apa...klau tersesat tu...susah skit nk tanya diorang nie....rasa cam itik slow talk ngn ayam....mmg boleh cari jalan kua....Cuma ianya akan merugikan masa dan tenaga je...baik ingat skit2 jalan kua...aku pun bukan jenis ingat jalan sangat..huhu..harapkan wife jela..die memang otak GPS sikit..kekadang dengan waze pon die boleh gadoh..haha

Disebabkan diorang nie xtau cakap orang putih..calculator sangat penting..jd..jgn lupa bawak calculator bagi memudahkan urusniaga. Dah penat bejalan...kalau rasa lapar...kat area zhongda nie korang jangan risau....ada orang islam niaga tepi jalan....takat nk makan satay kambing, lembu...senang2 je... sedap jugak... kalo korang x gemar satay.....korang bleh try roti ala2 roti nan...yang ada gula...sedap...serius sedap....makan sambil memborong....tp roti brape lama sgt kita boleh tahan....apa lg...lom pekena mee...sedap....hari2 aku makan mee nie kat zhongda....simple je....xyah masak2...dia gaul2 je...

Boleh try roti ala2 nan nie...harga dia 3 yuen je....

Sedap tu mee nie...harga 5 yuen...jgn risau dijamin halal...yakinlah...sbb kat gerai dia mmg ada tulis halal besar2....tokey dia pon bertudung ala2 key mat motor



Satay plak harga satu 3 yuen(rm1.50) sebatang..agak mahal.kat malayia 0.60sen je. Tapi satay die sedap..perapan rempah2 mmg superb..tgk gambar tu dari terang sampai gelap kitorang makan satay...

bergamba bersama orang buat satay


Org cina nie kedai makan mmg xde mengeteh k....jd aku belilah air dakasi perisa mango aku yakin halal sbb berasaskan buah2an je...pastu aku nampak tokey mee tu pernah minum...insyaAllah halal..air buah je kot...klau jalan2 tu..aku beli air green tea je..harga dia 3.5 yuen.

air feveret kitorang sepanjang di china...green tea. kat Malaysia pon mmg ni air feveret kami...

roti ni memang sedap bila di makan di china..hihi..bawak la bebanyak k..untuk alas perut..

Bagi sahabat dan kenalan yang mahu memulakan bisnes, datanglah ke guangzhou. alami sendiri dunia perniagaan sebenar yg mencabar. Sebenarnya banyak lagi tempat2 borong yang saya pegi...mcm plaza borong barangan kulit....plaza borong barangan elektrik dan elektronik....palza borong pakaian kanak2...mainan kanak2...mcm2 lg lah tempat borong....nnt saya tulis lagi

Saya menulis nie adalah bertujuan untuk berkongsi rezeki dan membuka mata saper2 yang berminat nak memulakan bisnes...peluang dan potensi banyak kat luar sana...jom kita teroka...

Nilai bagi pengalaman ini jika dikongsi besar faedahnya...bagi yang berminat nk join kami...boleh lah join TRIP BERSAMA PEMBORONGCHINA. Pakej Trip yang kami sediakan in sha allah kami janjikan anda hanya ikut kami sekali sahaja..selepas tu anda turun sendiri like a PRO bro! 
Jika ada pertanyaan bolehlah whatsapp saya saya di talian  019-388 1505 (azmil) atau wife saya 019.310 1505 (sarah) untuk pertanyaan TRIP




Sekian,
Assalamualaikum

Hasil nukilan saya..Serai aka suami owner Head2Toe Boutique

Peace yo!!




Thursday, December 26, 2013

SURABAYA PART 2

sambung balik kisah honeymoon di SURABAYA, INDONESIA. Part 2. Baru ade masa nk cerita..

Sebelum bergerak turun, amik gambar lagi. Bawah ni gambar nak hantar contest kat AA. Manalah tahu ada rezeki menang trip ke korea ke..hihihi.



Sebelum coco hantar kami ke hotel di Surabaya, coco bawak ktorg jejalan, singgah la di Tangulangin (kraf kulit) ada beg kasut mcm2 lah. Ktorg tengok2 n belek je. Sorang pun tak beli. Disebabkan terlalu penat dari semalam tak tidur, kitorg suruh coco hantar hotel terus. Ktorg stay di hotel budget backpackers. Depan shopping mall je. Gambar hotel tak amik la. Lupe. Nama hotel pun lupe. Ktorg sampai hotel jam 2pm. Terus rehat..lelapkan diri kejap. Charge battery! Dalam 5pm lebih baru keluar cari makan tengahari+mkn malam. Cari dalam shopping mall terus. Pegi foodcourt die. Tak tahu ape nak makan. Order Ayam penyet jelah. Rase die, sama je cam Malaysia. Harga ayam penyet mcm lebih kurang di Malaysia.

Keesokkan harinya (hari ke3)
Ktorg g pasar turi yang sekarang namanya Pusat Grosir Surabaya. Naik angkut, teksi van. Boleh muat 8 orang rasenye. Tapi kipas dari luar ye. Paham2 la..tak yah bukak tingkap bagai. Van dorg takde pintu..haha..kalau corner maut, mau tercampak keluar. Takde aircond. Fun la naik angkut ni. Kat pasar turi ni ada jual macam2 lah. Macam plaza borong GM kat klang yang baru tu. Tapi dia jual runcit. Bukan borong. Aku beli selipar je kot sepasang. Selipar yang brand Flipflop femes tu. Pastu nyesal tak beli macam2 kaler. Murah je RM 12. Save duit laki aku. Hahaha.

 ini lah bangunan pusat grosir surabaya

 nampak tak kepoyoan di situ


 angkut (van teksi). aku duduk sebelah pintu. tempah bala nk jatuh keluar :p


Lepas tu, pegi muzium plak, namanya Tugu Pahlawan dan Dataran Pemuda. Kat Malaysia taknak plak kau g muzium kan. Datang Negara orang beriye nk g muzium. Hahaha. Jalan kaki dari pasar turi, lalu celah2 lorong, lintas jalan raya..siap salah jalan, patah balik. Mandi peluh. Hilang kesweetan pengantin baru ni ha.. hahhaa.




Habis bergamba, terus tahan teksi kat tepi tu..nk g Kenjeran Beach. Ia merupakan kawasan riadah tepi pantai. Nak masuk tempat ni kena bayar ye. 5-10 rupiah. Tak hingat dah. Kat sini lepak tepi pantai sambil bersila, order air kelapa dan lontong kupang dan sate kerang..sambil merasa angin pantai..nyaman dan tengok pakcik2 bot..anak2 main tepi2 air. Segar permandangan ni..

depan pintu masuk


 air kelapa sorang satu

 lontong kupang (hehe..tak lalu nk nelannya :p)

 satay kerang

Dah puas menikmati angin pantai, kami terus menuju ke Muzium kapal selam. Ini dekat ngn hotel je, jalan kaki 2minit. Sebelah shopping mall aje. Ia merupakan kapal selam KRI Pasopati 410, salah satu armada Angkatan Tentera Laut Republik Indonesia buatan Uni Soviet tahun 1952. Bayaran masuk 5ribu rupiah. 1st time tengok apa ade dalam kapal selam. Dari luar mcm nampak besar, tengok dalam sempit jugak. Memang banyak beno mesin2. Aku paling suka katil die. Hihi. Tapi kecik je katil die. Orang2 ATM tak ley tido lasak2. Hahaha.. kene tido tegak je n statik.


 ni la tempat nak lancarkan peluru berpandu..dan boleh dijadikan tempat tidur


Hari terakhir 30 june 2012
Flight ktorg jam 5pm camtu, packing2 barang, terus booked van untuk ke House of Semporna (kilang buat rokok semporna tu) sebelum g airport. Best gak tempat ni. Hihi.. tengok pekerja2 dorag buat rokok. Kelakar lah. Macam robot. Takley amek gamba. Laki aku peduli ape. Snap je senyap senyap. Kamera dslr canggih. Mana ade bunyi klik klik kan..haha. Aku je yang manjang risau + gelabah takut ade pekerja situ nampak laki aku amek gambar. 

pekerja-pekerja kilang rokok. macam robot tengok dorg ni



 bas pelancong yang bawak round2 sekitar surabaya. tak dapat naik sebab tak cukup masa dah :"(

rokok RM 1 sahaja

Dah puas, dalam kul 12 terus menuju ke airport Juanda Surabaya, perut pun menyanyi2..minta pakcik driver tu benti memana singgah makan tengahari. Mase ni aku dah start tak selera. Loya je tekak. Baru ade symptom mengangung..huhu. selesai makan terus g airport.


Ok tak habis lagi cerita, selesai checkin diri memasing..si lee ni sorang je sangkut. Rupa2nye, lee ni bawak seludup masuk tanah gunung bromo. Hahahahahaha..pecah perut gelak. Pak polisi tu tahan lee dan tanya ape tujuan lee ambil tanah gunung bromo..lee jawab nk buat masker muka..hahaha..ktorg sume tak tahu pun bile mase dia amek tanah bromo tu. Pak polisi tu cakap ini tanah kami. Hahaahah..dok bincang2. Last2 pak polisi tu mintak duit kalo nk bawak balik Malaysia tanah tu. Nak sume duit yg ktorg ade. Aik. Ha, amek2. Ade bape rupiah je pon..kikiki..kalo duit Malaysia dalam bape hinggit je duit ktorg. Demi ko fadli, ktrorg sedekah jela duit rupiah ni kat pak polisi. Muka kau dah cantik ke lee sekarang? Hihihi..

Tamat

Sekian, 
Assalamualaikum

Next entri : Head2Toe Boutique akan launch tudung label kami sendiri :) in sha allah

Monday, December 2, 2013

THROWBACK 'HONEYMOON' BROMO, SURABAYA INDONESIA

Asik cerita pasal bisnes je kan. Sekarang tukar tajuk cite pasal holiday-holiday balik. Untuk tatapan dan rujukan mereka yang tibe-tibe ade plan nak g sini kan. Boleh la refer2 apa yang patut.

Sepanjang persiapan perkahwinan aku, aku tak de pUn busy nak cari pelamin, nak cari catering, hantaran nikah, gelang cincin bagai, dan segala2 nya. Yang aku dok pikir nak honeymoon mana eh. Agak-agak korang macam aku tak? Hihi..nampak sangat gelojohnya nak bersama. Pada suatu hari, ex-kawan ofis dulu aku ckp AA promo(airasia). Tangan terus laju bukak website AA. Then ex-ofismate kate SURABAYA murah!! Mase tu aku memang tak pikir pun nak honeymoon mana. Bantai jelah. Yang penting naik pesawat. Hahahaha. Nak dijadikan cerita, terus booked on the spot tiket ke SURABAYA, INDONESIA. Fly 27 – 30 June 2012. Harga tiket RM 128(return) seorang. Aku kawin pun 20 april 2012. Lama jugak nk tunggu honeymoon ni. Takpe, tiket murah punye pasal. Aku fly dengan lagi 2 orang ex-ofismate(lelaki). Dorang consider photographer aku lah. Haha..ending dia tak de pun gambar berdua sangat :p

Beli tiket pon 6 bulan awal, jadi kitorang buat la collection RM 50 sorang. Untuk penginapan, makan, pengangkutan, dan apa-apa lah yang patut. Jadi total collection 6 bln utk 4 orang RM 1200. Tinggal pegi sana bawak duit shopping je. Takyah pikir. Ktorg kat sana backpack!

sesampai nye di airport, Bandara Juanda Surabaya Indonesia

 ini lah 3jejaka

Flight ktorg jam 9pm, so berkumpul di LCCT jam 7pm. Perjalanan dari KL-Bandara Juanda Surabaya jam 12pm. 3jam perjalanan di atas awan. Sampai di airport, ktorg disambut oleh tour ke Gunung Bromo (ini memang kena amek pakej ya..kalau tak memang korang tak sampai gunung tu). Ktorg amek tour dari Travelife Surabaya dengan ongkosnya RM 170/seorang (sewa van dari airport ke gunung bromo then patah balik ke surabaya(tempat hotel kami)..dekat 3-4jam perjalanan dari airport ke gunung bromo +jeep 4wheel untuk ke atas puncak tengok sunrise + makan pagi di hotel +  jejalan di sekitar surabaya).

Sepanjang perjalanan dari airport ke kaki gunung bromo kami cuba cuba nak tido. Tapi tak la lena sangat pun. Huhu..rasa rugi pulak tido dah sampai Negara orang kan. Ktorg sampai di Cemara Lawang dalam kul 4am lebih. Then tukar naik jeep pulak. Bersusun jeep kat situ. Ramai gila orang. Bukan orang Malaysia or tourist, tapi orang2 mereka. Rupanya mase tu adalah school holiday. Pack gila. Memang happening, tapi sedih tak dapat tengok sunrise. Cuaca kat sana sejuk. Tak expect pon. Nasib memang bawak sweater. Gaya cam pegik obersea kan. Hihi. Peringatan, kalo nk g sini,kene bawak tutup hidung. Sebab gunung bromo ni gunang berapi yang masih aktif, so bau belerang sangat kuat dan debu2 dia..mau tak bernapas! Habis segala shawls aku bawak dijadikan penutup hidung aku n suami.

 kesejukan yang amat

 buat buat rilex. padahal sejuk. heh

 lee

 abg hash

suami tersayang!

kami. nampak shawls aku tu. habis dijadikan lilitan hidung leher sume

Sepanjang naik jeep nak ke puncak. Masyaallah jalan die..tepi2 gaung je..jalan plak tak rata. Melompat2 kitorg duduk dlm jeep tu. Pemandu ni plak memang pro bab2 korner. Bak kata kawan aku abg hash, jatuh peranakan. Ahhaha..ye mase ni ako mengandung 2bulan..banyakkan berdoa jela. Pegang perut je risau T_T ..gambar-gambar di bawah ini adalah viewpoint utk lihat keindahan bromo dan sunrise. Sunrise tu dah naik dan dah nak turun balik dah..baru lah orang2 kat depan ni reti nk beredar. Kalo 5jam agaknye sunrise ni ..5jam kot org kat depan2 ni dok menatap. tak jugak beranjak2 kebelakang.Hhahaha..amek gambar je dah lah kan...bagi la orang lain plak. Hish!! Jauh iolls datang. Apa pun tak dapat.



















Habis tatap keindahan..subhanallah.memang cantik! Kami turun untuk ke next destination, pegi daki kawah bromo tu sendiri..tadi tengok je dari kejauhan. Exsited eksaited.  Sebelum tu makan jagung di tepi jalan dulu..hihi. jagung bakar

Wah! Besar nye lautan pasir ni. Nun jauh disana kawah bromo. Ada 2 pilihan, nak jalan kaki  @ naik kuda. Ha pilih. Ktorg pilih naik kuda (byrn RM 45) mahal sebab cuti skolah. Bukan taknak jalan kaki..jauh dek non. Matahari pun da naik time ni. Aku pilih kuda putih. Hihi..kata perempuan kan. Mestilah nak yang putih cantik. Kuda-kuda ni pun bawak kami seiringan menuju ke kaki kawah. Ya allah, lagi mcm nk jatuh peranakan, naik kuda ofkos lagik terlompat2 duduk atas ni. Mase ni tak henti berdoa semoga kandungan takde masalah. Baru 2bln kan..rahim pun tak kuat lagi. Sampai bawah kaki je..pastu continue naik tangga. Ha tengok kepadatan. Macam naik eskletor plak tersusun. Ramai. Naik setapak setapak.

ini kuda pilihan aku. putih suci





 inilah tangga nye menuju ke kawah. penat naik sebab saluran penafasan terganggu dek debu2 ini

 tengok kiri kanan..tu org2 tempatan..turun ikut tepi je. sbb nak tunggu turn turun n naik ni..lama. biaselah. ada yg penat stop je kat situ.nk potong que tak bole


Finally, ini lah kawah bromo!! Seram jugak! Takde pon dia pacak tiang kat tepi2 gaung ni. Kang jatuh sape nk menajwab. Tapi sekarang dah ade tiang kat tepi2 ni. Korang tengok tak destinasi AA bersama kumpulan jambu, dorang g bromo gak. Dorang shoot kat sini. Nampak ade tiang dah di tepi2 kawah bromo. So lepas ni dah selamat sape nak pergi ok. tak byk plak gambar. Gambar kawah ni banyak kat camera abg hash!


 kawah


Dah seronok2 amik gambar. Kami da lapar. Coco(driver tour) bawak kami g makan kat hotel area situ. Biase je makanan nye. Breaksfast kan. Ade nasik goreng+telur masak kat situ+air teh+Nescafe+roti+jem. Tuje. Alhamdulliah..lega perot weolls. 

ok. sambung next entri la. ngantuk dah. *_*

Sekian,
Assalamualaikum

next entri : sambungan honeymoon