Monday, December 30, 2013

PENGALAMAN MEMBORONG DI GUANGZHOU CHINA



Sebenarnya saya nie bukan pandai sangat bab-bab penulisan nie..zaman skolah dulu selalu lupa bawak buku..kena berdiri atas kerusi..rasa malas sangat membelenggu dan xtau nak stat cite dari mana. Tp semangat nk share pengalaman memborong di Guangzhou, China nie saya rasa penting untuk saya kongsikan pada sesape yang berminat nk mulakan perniagaan keci-kecilan sehingga menjadi empayar perniagaan yang besar.

Pada pandangan saya, sesebuah perniagaan yang nak kita buat kita kena bermula dengan kecil2an..kerana apa yang penting dalam perniagaan adalah strategi marketing..kalau marketing x power tp product power gile pon x guna..baik kita mula dengan kecil2an dan melebarkan sayap bisnes kita selaras dengan marketing yang makin lama makin berkembang..In sha Allah.

OK! China merupakan sebuah Negara pengeluar terbesar di dunia..itu fakta..dan penduduk Negara China sangat ramai..di Guangzhou sahaja kepadatan penduduknya dah sama ramai macam kat Malaysia..bayangkan semua rakyat Malaysia duduk kat Selangor..mmg padat giler!!..rumah di sana sume apartment.. tinggi2 pulak tu...jadi cara diorang cari duit sangat mencabar..dan mata wang diorang rendah..saat entry ini di tulis RM53.40 = 100 Yuen. Senang cakap lebih kurang separuhlah beza dengan duit kita.

Entry saya fokus kepada memborong di Guangzhou China je k...sbb kat situ je pengalaman saya..haha. Sebelum saya meneruskan penulisan saya..jangan lupa follow kami di instagram @pemborongchina & @head2toeboutique

Ramai tanya saya macamana saya boleh terfikir utk buat trip ni? kalau nk saya cerita kisah dia memang panjang..tapi takpe..sy cerita jugak..uhuk2. nak dijadikan cerita, tahun 2012 bermulalah kisah dimana abg saya ajak bercuti ke China. kepala otak ni da terbayang Tembok China..masa tu pulak Airasia buat promo FREE SEAT, mmg tak pikir panjang..klik2..RM499 (return) keeeee guangzhou. Lagi 1-2bulan nk fly, suruh isteri search apa yg patut utk kami buat itirenary...mana TEMBOK CHINA nyaaaaa????hahahha sume da cuak. Ghope2nya nk g daki tembok tu tiket ke BEIJING..**nangis

takpe2 cool..asalkan jejak china..google2 BLUR. tempat apa ni. LOST sekejap..takpe2..kite kasik redah. Book apartment yg memuatkan 6dewasa (say,isteri,abg&kakakipar&ibuabah). Jauh jugak apartment kami duduk dari tempat2 hot spot di guangzhou. Siap sesat2 nak cari apartment. 2jam hilang arah..tp takpe..pengalaman itu, hasilnya Alhamdulillah.. sbb tu saya rasa terpanggil nk tulis entry nie..klau entry ini Berjaya bermakna inilah hasil penulisan saya yang pertama sepanjang hidup saya.. satu pencapaian yang membanggakan..uhuk2!!

Gajah2 kat liuhua nie sume jinak2...korang boleh sentuh.....bagi yang betul2  berani ...korang tunganglah gajah emas nie...

Sebelum saya menulis karangan saya panjang lebar..saya listkan dulu secara detail apa yang perlu korang buat sebelum pergi china 1bulan sebelum!!..selamat membaca dan mencatit :

1. Pasport – pastikan passport sah untuk tempoh 6 bulan. Kalau lagi 5bulan nak tamat tempoh, terpaksalah renew. Bayaran renew passport RM 200 untuk 5 tahun (13-59tahun) dan RM 100 untuk (12tahun kebawah & 60tahun keatas). Renew passport sehari je. Nasihatkan buat la awal2. Sebab lepas ni kene buat visa china pula yg mengambil masa 4hari.

2. Tiket kapal terbang – tiket ke Guangzhou kalau waktu promo AA RM 324 (return), kalau bukan waktu promo boleh mencecah RM 700-900 (return). Kalau tiket promo MAS RM 700+ (return), bukan waktu promo RM1000+(return). Ini standard harga tiket. 

3. Tempahan hotel – kenapa kene tempah hotel awal2? Ini adalah wajib sebab nnt korang nk buat visa. in case korang tak beli tiket kapalterbang lagi la..Korang boleh buat tempahan hotel di booking.com @ agoda.com sebab “tempah dulu,bayar kemudian”. Tempahan hotel ini adalah syarat untuk apply visa. Korang decide la betul2 nak duduk mana. Kalau tetiba nak cancel duduk hotel itu, nk duduk hotel lain..boleh, visa takde effect selepas korang apply. Korang kene cancel kan kat booking.com @ agoda.com cepat2 la sblm mereka charge.

4. Visa - nak masuk Negara China, kena ada visa. Visa ni macam tiket masuk la. Visa ni akan ditampal dalam buku passport korang. Mana nak buat visa? ni alamat :

Waze je     : Hampshire Place, Ampang
Masa          : Isnin - jumaat
Buat visa    : 9am - 3pm
Ambil visa  : 9am - 4pm
Bayaran      : RM 88.30 (sekali masuk)
Proses visa : 3-4 hari

Sila bawa bersama : 

  • borang visa klik : http://www.chinaembassy.org/eng/ywzn/lsyw/vpna/rap/t84254.htm @ isi borang kat sana)
  • passport
  • booking hotel di Guangzhou (kene siap2 booking, kami slalo booking pakai agoda.com) atau
  • pengesahan membeli tiket kapal terbang
  • salinan muka depan passport
  • gambar 1keping (latarbelakang putih)

5. Makanan - beli makanan mengikut keperluan, sana ada makanan halal. Pandai-pandai la korang bajet. Macam saya haritu pergi berdua dengan wife selama 5hari, kami bawak meggi asam laksa 3, meggi goreng sedap 3, air susu dutchlady strawberry 6, air susu dutchlady chocolate 6, ketupat 20 (pek kecik, masak kat Malaysia siap2), sambal ikan bilis, roti gardenia(saiz kecik), tuna 1, 3in1 nescafe 15paket, pisau, pinggan polistren 2 (kitarsemula), sudu garfu 2. Itu je. Details kau..hihi

6. Ubat – penting. Bawak la sepapan panadol dan minyak yueyii (faveret kami anak beranak)

7. Beg – pengalaman saya, pergi takyah checkin banyak2. Kami pergi berdua, sorang je checkin luggage 20kg. Dalam tu semata-mata makanan. Untuk baju, korang handcarry (baju 2helai, sejadah, telekung). Penerbangan balik, baru checkin maximum setiap orang. Max luggage 25kg. So total kami berdua 50kg.

8. Kasut – elemen penting. Pakai kasut yang selesa. Digalakkan kasut sukan. Kat sana plaza besar2, bole melecet kalau pakai kasut yang tak kena.

9. Musim – di sana ada musim sejuk, tapi takde salji la. Suhu sejuk dalam 13-20c. Musim sejuk bermula hujung Nov – Mac, April – Okt musim panas (macam cuaca di Malaysia)

10. Shipping – kalau anda pergi sana memborong lebih dari 50kg, memang tak boleh nak bawak masuk kapal. Kalau korang angkut jugak, memang beribu bayar. Kos lebihan muatan, 1kg = RM 15. Bayangkan..Jadi, untuk shipping, anda boleh survey mana-mana syarikat logistik di Malaysia yang menguruskan penghantaran dari china ke Malaysia. Kos sekitar RM 350 untuk 1cbm.

11. Matawang - banyak saya baca, di china banyak wang palsu. Jadi berhati-hati untuk menukar matawang. Kami prefer tukat duit di Visionary Creation, IOI mall Putrajaya. dkt bahagian makan2..berdepan Big Apple.

Setakat ini, itu sahaja yang saya rasakan penting..nanti ade input lagi saya tambah..

Ini merupakan kali kedua kami pergi Guangzhou china pada 10-15 Disember 2013..kali pertama kami pergi bersama keluarga..musim panas..trip holiday, bukan bisnes..boleh baca entry wife saya buat sebelum ini..klik sini http://headtotoeboutique.blogspot.com/2013/11/family-trip-to-guangzhou.html. Bila dah nampak peluang, kami pergi berdua, kali ini musim sejuk..suhu sekitar 13-20c...pakai sweater tebal skit dah cukup dah..kalau korang nk beli sweater kat sana pon ok..tepi jalan pon ramai jual..harga sekitar 100-200yuen..masa kat china sama je macam Malaysia..kalau kul 6.00 petang Malaysia..china pon kul 6.00 petang tp dah stat gelap macam kul 7.00 ptg kat Malaysia. Kul 6.00 pagi kat china dah cerah dah..waktu solat pulak lebih awal..klau Malaysia magrib kul 7.15 ptg china magrib kul 6.00 ptg..jgn tinggal solat plak k!!. Print skali waktu solat kat china..senang nk rujuk...

Tiba je kat airport china lebih kurang 4 jam perjalanan dari Kuala lumpur...sambil menunggu luggage tu..ada counter jual sim kad china..elok ar korang beli, harga dia 100yuen dan suruh dia aktifkan internet skali.. klau korang nk tau internet di china nie..facebook xleh bukak..blog xleh bukak..instagram pun tak boleh..jd nasihat saya.. eloklah korang print apa2 yang dirasakan penting..sbb ianya sangat berguna..org china diorang kurang guna whatsapp..diorang guna wechat..saya pon siap2 download app wechat kat malaysia....tapi kalau korang jenis tak boleh hidup tanpa dunia sosial..download BETTERNET. die bole tembus segala FB&IG. hahaha. tapi internet kene kuat la.

Flight saya tiba jam 2pagi. Jd saya tidur je kat baiyun airport kat situ ada disediakan overnight visitors rest area...ada kerusi..mula2 saya ingat nk tido dalam keadaan duduk dengan gaya yang cool..dah lah kerusi dia ada besi penghalang.. agak susah nk tido baring.. tp korang boleh je tido baring..korang boleh copy paste cara orang2 lain tido dengan gaya yang sangat best dan selesa..saya tetap memilih gaya cool..haha

Bolehlah rehatkan badan dulu kat sini

Pengangkutan utama di Guangzhou ialah keretapi. Jam kul 6.00 pagi METRO dah mula beroperasi..kat kat china kita panggil METRO railway station..sangat efisyen paling lama pun tunggu 2 minit..time orang china g kerja ngan balik kerja METRO akan jadi sangat sesak tp sgt banyak keretapi..ianya sangat mudah...eloklah korang download explore Guangzhou kat play store..kat situ ada peta perjalanan METRO station Guangzhou.. perjalanan dari baiyun airport ke Guangzhou railway station denga bayaran 7 yuen sahaja.. perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 mint..kalau korang naik teksi pon boleh..korang kena tunjuk kat driver teksi tu alamat hotel dalam bahasa china baru boleh sampai..bayaran teksi lebih kurang 100yuen..jangan tunjuk alamat hotel dalam BI..esok pon belum tentu sampai..orang china nie mmg tak tau cakap orang putih langsung..korang akan rasa sangat bersyukur bila berjumpa ngan orang china yang pandai cakap orang putih walaupon skit2..saya pon BI skit2 je pon boleh cakap...yes..no..ok..bye.. haha..broken English just nice kat china nie..

dalam keretapi..wife saya memang tak ley lekang ngn hp die..ish


 Metro railway station adalah pengangkutan awam paling efisyen dan murah di Guangzhou


 Nie gambar masa first time kami pegi Guangzhou bersama keluarga...tgk tu...time nie padat giler dalam train......rilek...kita xyah masuk.....kita bergambar dulu....next train 2 minit je tunggu...sgt efisyen...guard pompuan tu tah apa dia carut dalam bahasa cina....lantak ko lah...


Kalau nak borong kasut or beli satu je bleh ar datang ke sini..


belikan sweater winter untuk anak sedara..comel2..gerammm!!

ni baju sweater untuk pakcik sedara..tolong pesan belikan..

 
tempat plaza borong fabrik kain...segala jenis kain ada kat sini..plaza blakang aku n wife tu adalah plaza baru...harga dia agak mahal skitlah...klau korang rajin pusing nie...boleh patah kaki..aku sarankan korang belilah basikal elektrik..haha..lagi satu...aku pelik wife aku sgt colourfull kat china nie...kat KL x plak dia dressing camtu...



Sample kain je kat kedai....korang kena pilih dlu...dah confirm sume harga...nanti diorg amik kain kat warehouse.....jgn lupa cek barang dulu...bukan betul sgt diorg nie...kalau dia dah siap bungkus..ko koyak je...salotip murah je kat sana...cina dalam gambar tu ar bg barang tah pape...elok korang jgn g kedai dia...

Di setiap kedai nie diorang hanya pamerkan sample kain sahaja..kita kena book dulu bayar 50% nanti baru dia amik barang kat kilang...itu cara diorang berniaga..50% lagi korang bayar masa dia antar barang kat hotel..jgn lupa periksa semua barang dulu sebelum bayar...sbb sifat orang china nie..diorang mmg x bgtau kita klau barang  xde..dia main bagi je barang lain..3 tempat saya borong...sume wat perangai camnie..kalau korang dapati barang x cukup atau barang lain..bagitau je kat tokey tu dengan berhemah..nanti di bagi balik duit kita..pastu dan2 cakap, saya memang mahu bagi itu duit, tapi terlupa nak bagi semalam! Huh!


versi musim sejuk.....area sini kitorg slalu beli borong dgn harga yang murah..tp kuantiti kena beli banyak..kalau takat nak beli 4 meter tokey cina nie xkan jual..itu masalah utama tempat nie..nama pon plaza borong....apa boleh buat...beli jelah kain sepapan dengan satu corak


Nie adalah pemandangan biasa plaza borong kain Guangzhou China....lori masuk plaza adalah perkara biasa...klau basikal elektrik kat tingkat 3 tu pon biasa bagi diorg...basikal sume ada hon...tu yang kecoh skit...sana sini hon...padahal laluan pejalan kaki nie...



Klau dah masuk plaza borong tu...jgn excited sgt...korang kena ingat jalan kuar...sesat tu perkara biasa kat sini...bukan apa...klau tersesat tu...susah skit nk tanya diorang nie....rasa cam itik slow talk ngn ayam....mmg boleh cari jalan kua....Cuma ianya akan merugikan masa dan tenaga je...baik ingat skit2 jalan kua...aku pun bukan jenis ingat jalan sangat..huhu..harapkan wife jela..die memang otak GPS sikit..kekadang dengan waze pon die boleh gadoh..haha

Disebabkan diorang nie xtau cakap orang putih..calculator sangat penting..jd..jgn lupa bawak calculator bagi memudahkan urusniaga. Dah penat bejalan...kalau rasa lapar...kat area zhongda nie korang jangan risau....ada orang islam niaga tepi jalan....takat nk makan satay kambing, lembu...senang2 je... sedap jugak... kalo korang x gemar satay.....korang bleh try roti ala2 roti nan...yang ada gula...sedap...serius sedap....makan sambil memborong....tp roti brape lama sgt kita boleh tahan....apa lg...lom pekena mee...sedap....hari2 aku makan mee nie kat zhongda....simple je....xyah masak2...dia gaul2 je...

Boleh try roti ala2 nan nie...harga dia 3 yuen je....

Sedap tu mee nie...harga 5 yuen...jgn risau dijamin halal...yakinlah...sbb kat gerai dia mmg ada tulis halal besar2....tokey dia pon bertudung ala2 key mat motor



Satay plak harga satu 3 yuen(rm1.50) sebatang..agak mahal.kat malayia 0.60sen je. Tapi satay die sedap..perapan rempah2 mmg superb..tgk gambar tu dari terang sampai gelap kitorang makan satay...

bergamba bersama orang buat satay


Org cina nie kedai makan mmg xde mengeteh k....jd aku belilah air dakasi perisa mango aku yakin halal sbb berasaskan buah2an je...pastu aku nampak tokey mee tu pernah minum...insyaAllah halal..air buah je kot...klau jalan2 tu..aku beli air green tea je..harga dia 3.5 yuen.

air feveret kitorang sepanjang di china...green tea. kat Malaysia pon mmg ni air feveret kami...

roti ni memang sedap bila di makan di china..hihi..bawak la bebanyak k..untuk alas perut..

Bagi sahabat dan kenalan yang mahu memulakan bisnes, datanglah ke guangzhou. alami sendiri dunia perniagaan sebenar yg mencabar. Sebenarnya banyak lagi tempat2 borong yang saya pegi...mcm plaza borong barangan kulit....plaza borong barangan elektrik dan elektronik....palza borong pakaian kanak2...mainan kanak2...mcm2 lg lah tempat borong....nnt saya tulis lagi

Saya menulis nie adalah bertujuan untuk berkongsi rezeki dan membuka mata saper2 yang berminat nak memulakan bisnes...peluang dan potensi banyak kat luar sana...jom kita teroka...

Nilai bagi pengalaman ini jika dikongsi besar faedahnya...bagi yang berminat nk join kami...boleh lah join TRIP BERSAMA PEMBORONGCHINA. Pakej Trip yang kami sediakan in sha allah kami janjikan anda hanya ikut kami sekali sahaja..selepas tu anda turun sendiri like a PRO bro! 
Jika ada pertanyaan bolehlah whatsapp saya saya di talian  019-388 1505 (azmil) atau wife saya 019.310 1505 (sarah) untuk pertanyaan TRIP




Sekian,
Assalamualaikum

Hasil nukilan saya..Serai aka suami owner Head2Toe Boutique

Peace yo!!




No comments: