Thursday, December 26, 2013

SURABAYA PART 2

sambung balik kisah honeymoon di SURABAYA, INDONESIA. Part 2. Baru ade masa nk cerita..

Sebelum bergerak turun, amik gambar lagi. Bawah ni gambar nak hantar contest kat AA. Manalah tahu ada rezeki menang trip ke korea ke..hihihi.



Sebelum coco hantar kami ke hotel di Surabaya, coco bawak ktorg jejalan, singgah la di Tangulangin (kraf kulit) ada beg kasut mcm2 lah. Ktorg tengok2 n belek je. Sorang pun tak beli. Disebabkan terlalu penat dari semalam tak tidur, kitorg suruh coco hantar hotel terus. Ktorg stay di hotel budget backpackers. Depan shopping mall je. Gambar hotel tak amik la. Lupe. Nama hotel pun lupe. Ktorg sampai hotel jam 2pm. Terus rehat..lelapkan diri kejap. Charge battery! Dalam 5pm lebih baru keluar cari makan tengahari+mkn malam. Cari dalam shopping mall terus. Pegi foodcourt die. Tak tahu ape nak makan. Order Ayam penyet jelah. Rase die, sama je cam Malaysia. Harga ayam penyet mcm lebih kurang di Malaysia.

Keesokkan harinya (hari ke3)
Ktorg g pasar turi yang sekarang namanya Pusat Grosir Surabaya. Naik angkut, teksi van. Boleh muat 8 orang rasenye. Tapi kipas dari luar ye. Paham2 la..tak yah bukak tingkap bagai. Van dorg takde pintu..haha..kalau corner maut, mau tercampak keluar. Takde aircond. Fun la naik angkut ni. Kat pasar turi ni ada jual macam2 lah. Macam plaza borong GM kat klang yang baru tu. Tapi dia jual runcit. Bukan borong. Aku beli selipar je kot sepasang. Selipar yang brand Flipflop femes tu. Pastu nyesal tak beli macam2 kaler. Murah je RM 12. Save duit laki aku. Hahaha.

 ini lah bangunan pusat grosir surabaya

 nampak tak kepoyoan di situ


 angkut (van teksi). aku duduk sebelah pintu. tempah bala nk jatuh keluar :p


Lepas tu, pegi muzium plak, namanya Tugu Pahlawan dan Dataran Pemuda. Kat Malaysia taknak plak kau g muzium kan. Datang Negara orang beriye nk g muzium. Hahaha. Jalan kaki dari pasar turi, lalu celah2 lorong, lintas jalan raya..siap salah jalan, patah balik. Mandi peluh. Hilang kesweetan pengantin baru ni ha.. hahhaa.




Habis bergamba, terus tahan teksi kat tepi tu..nk g Kenjeran Beach. Ia merupakan kawasan riadah tepi pantai. Nak masuk tempat ni kena bayar ye. 5-10 rupiah. Tak hingat dah. Kat sini lepak tepi pantai sambil bersila, order air kelapa dan lontong kupang dan sate kerang..sambil merasa angin pantai..nyaman dan tengok pakcik2 bot..anak2 main tepi2 air. Segar permandangan ni..

depan pintu masuk


 air kelapa sorang satu

 lontong kupang (hehe..tak lalu nk nelannya :p)

 satay kerang

Dah puas menikmati angin pantai, kami terus menuju ke Muzium kapal selam. Ini dekat ngn hotel je, jalan kaki 2minit. Sebelah shopping mall aje. Ia merupakan kapal selam KRI Pasopati 410, salah satu armada Angkatan Tentera Laut Republik Indonesia buatan Uni Soviet tahun 1952. Bayaran masuk 5ribu rupiah. 1st time tengok apa ade dalam kapal selam. Dari luar mcm nampak besar, tengok dalam sempit jugak. Memang banyak beno mesin2. Aku paling suka katil die. Hihi. Tapi kecik je katil die. Orang2 ATM tak ley tido lasak2. Hahaha.. kene tido tegak je n statik.


 ni la tempat nak lancarkan peluru berpandu..dan boleh dijadikan tempat tidur


Hari terakhir 30 june 2012
Flight ktorg jam 5pm camtu, packing2 barang, terus booked van untuk ke House of Semporna (kilang buat rokok semporna tu) sebelum g airport. Best gak tempat ni. Hihi.. tengok pekerja2 dorag buat rokok. Kelakar lah. Macam robot. Takley amek gamba. Laki aku peduli ape. Snap je senyap senyap. Kamera dslr canggih. Mana ade bunyi klik klik kan..haha. Aku je yang manjang risau + gelabah takut ade pekerja situ nampak laki aku amek gambar. 

pekerja-pekerja kilang rokok. macam robot tengok dorg ni



 bas pelancong yang bawak round2 sekitar surabaya. tak dapat naik sebab tak cukup masa dah :"(

rokok RM 1 sahaja

Dah puas, dalam kul 12 terus menuju ke airport Juanda Surabaya, perut pun menyanyi2..minta pakcik driver tu benti memana singgah makan tengahari. Mase ni aku dah start tak selera. Loya je tekak. Baru ade symptom mengangung..huhu. selesai makan terus g airport.


Ok tak habis lagi cerita, selesai checkin diri memasing..si lee ni sorang je sangkut. Rupa2nye, lee ni bawak seludup masuk tanah gunung bromo. Hahahahahaha..pecah perut gelak. Pak polisi tu tahan lee dan tanya ape tujuan lee ambil tanah gunung bromo..lee jawab nk buat masker muka..hahaha..ktorg sume tak tahu pun bile mase dia amek tanah bromo tu. Pak polisi tu cakap ini tanah kami. Hahaahah..dok bincang2. Last2 pak polisi tu mintak duit kalo nk bawak balik Malaysia tanah tu. Nak sume duit yg ktorg ade. Aik. Ha, amek2. Ade bape rupiah je pon..kikiki..kalo duit Malaysia dalam bape hinggit je duit ktorg. Demi ko fadli, ktrorg sedekah jela duit rupiah ni kat pak polisi. Muka kau dah cantik ke lee sekarang? Hihihi..

Tamat

Sekian, 
Assalamualaikum

Next entri : Head2Toe Boutique akan launch tudung label kami sendiri :) in sha allah

No comments: